Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Khutbah Terakhir RASULULLAH S.A.W. di LEMBAH KURANAH QUNUD ARAFAH pada 9ZULHIJJAH tahun 10HIJRIAH...

------>Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak KU katakan, AKU tidak mengetahui adakah AKU dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini, oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata KU dan sampaikan lah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir ke sini pada hari ini. ------> Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai suci. Kembalikan lah harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi, ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengHARAMkan 'RIBA', oleh itu segala urusan yang melibatkan 'RIBA' dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap 'SYAITAN' demi keselamatan AGAMA kamu dan dia(syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perk...

Di Ambil Dari Group I LOVE MUHAMMAD.S.A.W.

Membunuh Cicak Cicak, hewan yang sering kita jumpai di rumah dan dimanapun. Terdapat anjuran untuk membunuhnya. A. Lebih Cepat Lebih Baik Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama maka ditulis baginya seratus kebaikan, Jika dia membunuhnya pada pukulan kedua maka dia mendapatkan pahala kurang dari itu, dan bila pada pukulan ketiga maka dia mendapatkan pahala yang kurang dari itu” (HR Muslim: 2240) B. Diantara Sebabnya. Ummu Syarik radhiyallahu 'anha berkata, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak. Dan beliau bersabda, "Dahulu cicak turut membantu meniup api (untuk membakar) Ibrahim 'alaihissalam" (HR al-Bukhari, Muslim) C. Binatang Kecil Yang Jahat. Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyyallahu 'anhu berkata, Sesungguhnya Nabi shallallahu'alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwa...

DI PETIK DARI Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt yg di rahmati Allah SWT. Syurga di bwh telapak kaki ibu & di bawah redha (bkn di bwh kaki) suami. Antara cara nak pamer syg kpd ibu: 1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah 2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya! 3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka) 4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu! 5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain! 6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja 7. Elak bebani ibu dgn masalah kita 8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati 9. Bawa ibu ke majlis ilmu 10. Biayai ibu utk tunaikan haji & ...

Maulidur Rasul SAW: Kelebihan Berselawat

Terlalu banyak   kelebihan berselewat ini . Antaranya: Bakal memperolehi syafaat Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”. Mendapat  rahmat Allah SWT Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”. Terhindar dari api neraka “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.   Di ampu...

Memikat Hati Si Dia

"Ustaz, saya bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah saya dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal saya menempuh bahtera rumah tangga nanti," seorang sahabat dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu sore. "Alahai Azman, awak pun tahukan, saya ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami. "Tak pernah pulak ustaz tak jawab kalau saya tanya sesuatu sebelum ni..?" Beliau menyoal saya semula. "Kalau awak tanyakan pasal Fiqh Minoriti tentang rakan-rakan kita di Kutub Utara, mungkin ana boleh cuba jawab. Tapi, kalau soal rumah tangga ni, susah sikit untuk saya respon. Belum ada pengalaman!" Saya cuba mendekatkan lagi telinga dan hati beliau terhadap pesan saya selepas ini. Biar hati itu betul-betul terbuka luas untuk menerima, sebelum saya menyuapkan resepi agung untuk berumahtangga. Bukan alim, bukan berpengalaman. Hanya ...

Teman Hidup Ketika Belajar

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan. Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya. Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya. Bila nak kahwin? Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar. Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab. Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami? Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu. Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita. Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincan...

Kemuliaan Syahid di Jalan Allah

Imej
Kemuliaan Syahid di Jalan Allah   www.Halaqah.net Pengirim : nazirul razali Editor : PenaHalaqah   Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah syahid di jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di jalan dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya, maka sama ada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar. Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untu...

7 HABUAN MATI SYAHID

Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu : 1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar 2. Melihat tempat duduknya di Syurga 3. Dihiasi dengan hiasan iman 4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga 5. Dilindungi daripada seksa kubur 6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat 7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya - Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani