Maulidur Rasul SAW: Kelebihan Berselawat

Terlalu banyak kelebihan berselewat ini. Antaranya:


  • Bakal memperolehi syafaat

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

  • Mendapat  rahmat Allah SWT

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

  • Terhindar dari api neraka

“Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

  •   Di ampunkan dosa

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".
Di samping itu, suatu perkara yang saya ingin highlight di sini ialah amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan amalan zikir yang tetap dikurniakan pahala oleh Allah SWT meskipun tanpa kehadiran hati.

Umpamanya, mulut kita dengan bersahaja menyebut-nyebut apa sahaja jenis selawat ketika memandu kereta, menunggang basikal, berjalan kaki atau sebagainya tanpa menghayati apa yang kita selawatkan itu tetap diberikan pahala.

Ini bermaksud, amalan ini begitu mudah untuk di amalkan. Kita tidak perlu bersiap-siap umpama hendak solat seperti mengambil wuduk dan berkeadaan tanpa hadas jika hendak berselawat.

Di sini jelaslah bahawa kita amat digalakkan untuk sentiasa mengingati Rasulullah SAW walau dalam apa keadaan sekalipun. 

Betapa beruntungnya kita menjadi umat Rasulullah SAW, biarpun dalam dunia penuh dengan kesibukan pada hari ini kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk beramal.

Ayuhlah kita beselawat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~.::*Mengendalikan Marah*::.~

baca betul2

DUNIA CINTA