DIRI SENDIRI YANG TIDAK MENOLONG!
Saban hari, negara kita digembar gemburkan dengan pelbagai analisa, berita, ulasan dan pendapat di dada akhbar mengenai satu situasi yang berlaku di sekita UTP baru-baru ini. Fitna atau kontroversi murahan di muatkan di media massa hanya untuk meraih publisiti melariskan jualan. Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang dituduh untuk dipertanggungjawabkan dalam isu ini. Sudah pastinya ini adalah isu pembuangan bayi. Memetik dari sebuah akhbar nasional (bukan Barisan Nasional) mengatakan bahawa berkemungkinan bayi itu adalah lahir daripada perbuatan orang tempatan dengan pelajar luar negara di UTP ini. Dari manakah datangnya bayi itu? Hasil siapakah bayi itu lahir ke dunia ini tanpa rasa bersalah? Yang pasti isu ini hangat sekali diperbualkan bukan sahaja dikalangan pelajar UTP malah juga tersebar luas dikalangan pensyarah dan staf di UTP. Namun, perlu diingat bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk menyebarkan kebenaran dan menewaskan kebati...