DIRI SENDIRI YANG TIDAK MENOLONG!
Saban hari, negara kita digembar gemburkan dengan pelbagai analisa, berita, ulasan dan pendapat di dada akhbar mengenai satu situasi yang berlaku di sekita UTP baru-baru ini. Fitna atau kontroversi murahan di muatkan di media massa hanya untuk meraih publisiti melariskan jualan. Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang dituduh untuk dipertanggungjawabkan dalam isu ini.
Sudah pastinya ini adalah isu pembuangan bayi. Memetik dari sebuah akhbar nasional (bukan Barisan Nasional) mengatakan bahawa berkemungkinan bayi itu adalah lahir daripada perbuatan orang tempatan dengan pelajar luar negara di UTP ini. Dari manakah datangnya bayi itu? Hasil siapakah bayi itu lahir ke dunia ini tanpa rasa bersalah? Yang pasti isu ini hangat sekali diperbualkan bukan sahaja dikalangan pelajar UTP malah juga tersebar luas dikalangan pensyarah dan staf di UTP.
Namun, perlu diingat bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk menyebarkan kebenaran dan menewaskan kebatilan.
Masyarakat di Malaysia cukup sensitive dengan isu-isu seumpama ini dan pasti akan menyalahkan ibu yang mengandungkan anak itu sebagai punca utama atau root cause dalam hal ini. Mula lah ke sana ke mari menyebarkan berita dari mulut ke mulut. Perlu diingat bahawa mungkin sahaja kejadian ini dikurniakan kepada kita di UTP ini sebagai balasan maksiat yang kita buat selama kita berada di UTP.
Saya tidak menolak kenyataan bahawa sesetengah pihak menyalahkan bahawa hubungan social di kalangan pelajar UTP semakin lama semakin teruk. Bukan kita tidak tahu bahawa banyak kes-kes terpencil yang disembunyikan bertujuan untuk menjaga nama baik sendiri. Kes zina, perempuan masuk ke bilik lelaki dan berdua-duaan di waktu malam di padang menjadi satu kebiasaan.
Mengikut satu bancian di kalangan student UTP sendiri di k5, seramai 40 orang daripada 200 mengaku telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin.
Di manakah silapnya semua ini? Adakah kita perlu menuding jari semata-mata ke arah si ibu yang mengandungkan anak yang tidak bersalah? Atau pihak pengurusan yang melaksanakan tanggungjawab menggubal undang-undang? Atau pun diri kita yang tidak mengambil cakna dengan rakan-rakan kita lalu proses amar makruf nahi mungkar tergendala? Di sini adalah beberapa teori yang saya rasa mungkin menjadi cause kepada masalah gejala social di UTP:
1) Peraturan UTP yang terlalu longgar
Bagi pelajar IPTS, pelajar dianggap sebagai client dan peraturan yang dibuat adalah berpandukan hubungan antara peniaga dan pelanggan. Pelajar UTP yang bebas bergerak ke luar UTP antara lelaki dan perempuan mungkin menjadi punca.
2) SECURITY yang SOPAN?
Security di UTP sememangnya di geruni ketika kita membuat salah contohnya parking di tempat yang salah, tidak pakai helmet dan sebagainya. Ini kerana saman RM 30 yang dibawa ke hulu ke hilir menjadi mimpi ngeri ramai. Tapi, di manakah security ketika mana melihat aksi-aksi menarik pelajar di padang pada 12 mlm? Pelajar lelaki dan perempuan berdua-dua di bilik umum pada pukul 3,4 pagi. Mungkin security menghormati pelajar UTP.
3) Hujan EVENT
Fitrah manusia memang mahukan hiburan dan saya tidak menolak hiburan itu perlu untuk mengisi masa lapang yang ada. Cuma di manakah event-event untuk membentuk jati diri pelajar? Mahasiswa perlu berfikir sejenak dalam rangka kita sebagai mahasiswa terlalu banyak benda yang perlu kita buat seperti menolong masyarakat kampung, org miskin tertindas daripada kita sibuk berhibur. Pihak pengurusan perlulah bijak dalam memberi kebenaran kepada event yang bersifat pembentuk jati diri.
4) ATTITUDE
Bila menyebut tentang attitude, suka saya meningatkan bahawa diri saya dan rakan UTP berada dalam keadaan selesa a.k.a. comfort zone. Kita dibekalkan pelbagai kemudahan yang kadangkala melupakan kita erti syukur. Budaya couple sememangnya telah menjadi fenomena yang biasa. Rujuklah pihak tertentu untuk mengetahui cara berkeluarga yang terbaik.
Ini adalah sekadar teori 20 cents dari saya. Jadi dimanakah kita ketika ini? Berblog ? DoTa? Membuang masa..? Kita perlu berfikir lebih jauh dan terus bergerak dalam merencana agenda kita sebagai seorang student. Letakkan lah diri kita dalam rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku di UTP baru-baru ini supaya kita mengambil ia sebagai satu benchmark untuk melakukan anjakan paradigma di UTP.
April 30, 2009
Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita.
Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu
masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang
mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India,
Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China.
Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan
Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk
lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram
serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.
Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak
berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan
menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang
berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan
pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang
memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat
digerakkan dengan lancar.
Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah
kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga
membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di
sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja
asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.
Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan
undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah
pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta
imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak
lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan
mereka menyusup melalui jalan laut.
Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi
masalah kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini
menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara
yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing
yang tidak dikawal.
Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu
memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu
sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi
adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang
berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing
dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah
itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan
yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah
belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?
Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan
kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini
melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah,
menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini
menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api,
merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka
tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan
Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan
diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai
kesalahan di negara ini.
Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan
pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada
polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini.
Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi
ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan negara.
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia
Bermaharajalela!!
by Staff Berita Semasa on June 21,
2010
Sebelum
ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buah negara
lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara
yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan Malaysia menafikannya.
Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara
penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.
Tindakan
Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat Malaysia ada kena mengena dengan
kes Mykad palsu yang berleluasa sebelum ini. Memang pahit untuk ditelan, tapi
itulah hakikatnya. Cuba lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan
lambakan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.
Setiap
kali polis buat serbuan dit pusat hiburan atau rumah urut, pasti mereka tidak
akan “pulang dengan tangan kosong. Mesti ada yang dapat sangkut warga asing
china dan Indonesia. Bukan sikit-sikit, berduyun=duyun pulak tu.
Sejak
akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu
virus yang paling berbahaya. Lebih bahaya dari H1N1. Antara kesan-kesan yang
dah semakin ketara disebabkan pendatang asing tanpa izin di Malaysia yang
dilihat ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa kasarnya “dah naik
kepala” :
- Jenayah tanpa rekod atau memang
dah terlampau banyak. Samun, kes cabul. Bak kata mudah, apabila pihak
berkuasa pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada tangkapan.
- Peluang pekerjaan part time
untuk rakyat Malaysia semakin kurang. Ini kerana pekerja asing ini boleh
tidur dan makan di tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka, diakui
ramai rajin datang awal, rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa
serat tidak memilih untuk bekerja.
- Pernah lihat pekerja bangla
membeli-belah di Mydin ataupun Tesco contohnya? Sampai tak cukup
tangan…….Natijahnya?
- Masalah setinggan
- Akan keluar lagi banyak
pendaftaran negara enterprise. Setakat mykad dan passport, mudah-mudah
sahaja mereka ditipu
- Rakyat Malaysia sudah mula rasa
tidak selamat di negara sendiri dan takut keluar rumah sedangkan pendatang
haram ini bebas berkeliaran yang bergerak selalunya dalam kumpulan
Sekurang-kurangnya
kalau dah tak boleh selesaikan gelombang pekerja asing yang HALAL, cari
mekanisme yang terbaik untuk banteras habis-habisan pekerasing tanpa izin di
Malaysia. Tidak kisah, pendatang asing yang datang untuk bekerja. Memang kita
perlukan namun bukan sehingga kita dah jadi terdesak macam sekarang. Cuba pergi
di Klang, dah macam negeri PATI pula. Sarawak dan Sabah jangan
cakapla…..sampaikan rakyat mereka dah letih menerima “takdir” yang menerima mereka.
Kalau
di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut
bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak
oleh mereka.
Kadang-kadang
isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini takkan habis sebab
puncanya dari rakyat kita sendiri. Apakah puncanya?
·
Bila
ada kes baru terhegeh-hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung
kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan
konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena
ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.
·
Operasi
yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis.
Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara
suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian
lama di negara. Kalau di England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa
pangat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun.
Kalau di Malaysia?
·
Rasanya
kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan,
terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita
susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ jugak
mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa “honeymoon”
untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat.
·
Kita
sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan Jangan takut untuk laporkan
kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja.
·
Suka
atau tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan
pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil
rasuah, kami ucapkan TAHNIAH untuk anda.
·
Tiada
permit kerja tetapi nak hire pekerja asing!! Maka berbondong-bondonglah mereka
datang dengan pas lawatan hingga tamat tempoh!!
Kerajaan
membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729
pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan
dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan
(tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. RM30.2 juta
itu wang cukai dikutip daripada kita semua. Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan
di sini. Apa kata pembayar cukai di sini?
Kerajaan
hantar pulang 10 pendatang asing tanpa izin, 2 minggu lagi 100 yang akan datang
semula
Ini
merupakan berita yang dipetik daripada akhbar Kosmo yang pernah disiarkan
sebelum ini. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi:
KLANG
: Ada berapa ramai penumpang dalam bot? Kalau tak lebih (jumlah orang) kami tak
periksa. Itu antara perbualan yang sayup kedengaran di luar bot pancung yang
dinaiki wartawan Kosmo! Menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin
(PATI). Ia dipercayai antara pihak berkuasa yang memantau perairan negara
dengan ejen sindiket menyeludup PATI ke Malaysia semasa bot itu ditahan ketika
dalam perjalanan menuju Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.
Apa
yang mengejutkan, bot yang sarat dengan penumpang itu langsung tidak diperiksa
sebaliknya dibenarkan beredar setelah berpuas hati dengan jawapan daripada ejen
sindiket berkenaan. Itulah senario yang berlaku di perairan negara apabila
wujudnya? Sehinggakan aktiviti penyeludupan manusia yang kini semakin
menjadi-jadi.
Malah
perkara tersebut diakui sendiri oleh ejen sindiket yang memberitahu, kegiatan
menyeludup manusia bukannya baru tetapi sudah berlaku sejak bertahun-tahun
lalu. Dengan hanya menggunakan bot-bot pancung yang didaftarkan untuk membawa
ikan dan sayur-sayuran, membolehkan mereka membawa masuk dan keluar PATI di
negara ini. Apa yang mereka perlu sediakan adalah “wang pelincir”?
Kata
ejen sindiket yang dikenali sebagai Yusri mengatakan yang perjalanan mesti
bermula pada waktu malam. Jelasnya, dia telah melakukan kegiatan itu hampir 15
tahun lalu bermula dengan penghantaran ikan namun hasil pergaulan dengan ramai
orang, dia mendapat lubang untuk menambah pendapatan dengan menyeludup manusia.
Sayaenggak berani pada mulanya tetapi bila tahu lubang ini selamat untuk
dilalui baru, boleh bergerak.
Selagi
lubang tidak dibuka, selagi itulah semua penumpang kena tinggal di rumah
transit yang kita sediakan,? katanya yang menyangka wartawan Kosmo berasal dari
Jawa Tengah. Katanya lagi lubang tersebut perlu dibayar untuk membuka laluannya
dan penjaganya juga perlu diketahui dari awal atau terpaksa berhadapan risiko
ditahan. Tambahnya, untuk melakukan kerja tersebut, apa yang penting mesti
kenal ramai orang terutama orang yang ada kuasa.
Keganasan dan Penderaan Terhadap Wanita
Susunan
NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
Wanita sering ditindas serta selalu menjadi mangsa keganasan. Mungkin kerana sifat mereka yang lemah lembut maka golongan ini sering dijadikan alat untuk melepaskan geram atau hawa nafsu. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menderita. Disebabkan sikap segelintir daripada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita ini membantutkan usaha untuk mencapai tahap kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang lebih baik.
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun 1992, mendapati bahawa sebanyak 39 peratus daripada wanita di negara kita telah menjadi mangsa keganasan. Angka ini meningkat pada tahun 1995 kerana berdasarkan laporan polis sebanyak 1409 kes keganasan terhadap wanita telah dilaporkan. Angka ini terus meningkat kepada 5477 dengan kenaikkan sebanyak 388 peratus, pada tahun 1997 walaupun Akta Keganasan Rumahtangga telah dikuatkuasakan sepenuhnya.
Apakah keganasan terhadap wanita? Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara fizikal, seksual atau mental.
Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki. Keganasan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.
Ia termasuk ancaman seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenang-wenangnya, sama ada berlaku dalam kalangan khalayak atau dalam kehidupan persendirian seseorang. Keganasan yang dimaksudkan itu juga merangkumi seksual dan psikologi, termasuk memukul atau melakukan kekerasan dan penderaan seks yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Bukan setakat itu saja, ia juga membabitkan keganasan bukan dilakukan oleh pasangan suami isteri, eksploitasi, ancaman di tempat kerja dan di institusi pendidikan.
Kategori utama keganasan dan penderaan terhadap wanita meliputi:
Bentuk Penderaan Terhadap Wanita
1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.
2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.
3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.
4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.
Bentuk Keganasan Terhadap Wanita
1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; betuk ganguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
2. Perkosaan dan Keganasan Seksual
Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.
3. Keganasan Rumah Tangga
Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya.
Kesimpulannya, pihak kerajaan memandang serius isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap hak dan kepentingan diri sendiri, seterusnya menguasai pengetahuan yang membolehkan wanita mengatasi rintangan, melindungi diri serta mengembangkan skop kehidupan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menggerakkan semua ahli masyarakat terutama wanita agar turut menyumbang tenaga serta idea kepada usaha untuk membanterasnya.
Bahagian Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.
Segala aduan mangsa keganasan akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Apakah yang boleh anda lakukan?
- Mempuyai ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai keganasan terhadap wanita melalui bacaan atau menyertai kumpulan tertentu yang memperjuangkan nasib wanita.
- Menyokong kempen kerajaan untuk menggubal undang-undang yang efektif bagi mengatasi keganasan terhadap wanita.
- Memberi khidmat dan bantuan sebagai sukarelawan dengan menyumbang tenaga dan masa anda di pusat krisis.
- Lelaki perlu mengawasi tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita. Mulakan dengan wanita di sekeliling kamu - ibu anda, adik, kakak, kawan atau rakan sekerja. Jangan membuat jenaka yang menjatuhkan maruah wanita terutamanya terhadap mangsa rogol.
- Menanam nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah, penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada "gender".
- Lelaki dan wanita harus belajar menghormati antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta tuli.

SU KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan maut melibatkan bas
ekspres seperti ini mungkin boleh dielakkan sekiranya sistem pemanduan waktu
malam dikaji semula dan had laju maksimum ditetapkan bagi mengelak para pemandu
memecut terutama di jalan-jalan yang berisiko tinggi.KAJI PEMANDUAN WAKTU MALAM
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my
CADANGAN untuk mengehadkan kelajuan maksimum bas ekspres dan bas penumpang kepada 90 kilometer sejam seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin sewajarnya dilaksanakan secepat mungkin.
Di kalangan penumpang bas sendiri, cadangan itu dilihat sekurang-kurangnya memberi jaminan terhadap soal keselamatan mereka sewaktu di jalan raya.
Ini kerana kemalangan ngeri membabitkan bas ekspres dengan jumlah kematian yang tinggi bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan di negara ini.
Kejadian terbaru berlaku di Pahang pada 19 Mei lalu apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan treler dan membunuh dua orang manakala tujuh yang lain cedera parah.
Bagaimanapun dalam mengikat kelajuan bas ekspres dan bas penumpang, kerajaan juga disaran untuk mengkaji pelbagai cadangan yang sering disuarakan setiap kali berlakunya kemalangan ngeri membabitkan pengangkutan awam itu.
Antaranya ialah kebenaran perjalanan bas ekspres pada sebelah malam yang ketika ini membabitkan hampir ke semua lokasi terutamanya ke bandar-bandar besar di seluruh negara.
Jika dilihat kepada rekod kemalangan membabitkan bas ekspres sebelum ini, kebanyakannya berlaku pada waktu awal pagi.
Puncanya di sini sangat jelas, iaitu kerana faktor pemandu yang mengantuk. Tidak sukar untuk memahami logik itu kerana lumrahnya waktu malam adalah untuk tidur.
Tetapi bagi pemandu bas ekspres, mereka dipertanggungjawabkan dengan kira-kira 40 nyawa penumpang. Tidak dinafikan pemandu bas ekspres mungkin sudah mendapat rehat yang cukup pada sebelah siangnya.
Kehadiran pemandu kedua juga sedikit sebanyak dapat mengelak risiko kemalangan disebabkan faktor mengantuk.
Tetapi kita pasti bersetuju bahawa rasa mengantuk tidak memerlukan masa yang panjang untuk mencetuskan tragedi kemalangan yang dahsyat.
Memadai hanya dalam beberapa saat sahaja untuk pemandu terlelap kerana tidak dapat menahan rasa mengantuk yang keterlaluan. Kesannya, ia mungkin akan menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Banyak kes kemalangan membabitkan pemandu yang terlelap sewaktu memandu sehingga menyebabkan bas terbabas. Akibatnya ia mungkin bertembung dengan kenderaan lain atau terjunam ke dalam gaung.
Paling malang apabila kemalangan itu meragut nyawa ramai penumpang. Bayangkan hanya kerana kealpaan beberapa saat, begitu ramai yang menjadi mangsa. Jika penumpang yang terbunuh itu merupakan satu-satunya sumber pencari rezeki kepada sesebuah keluarga, maka ramai lagi "mangsa" yang menderita.
Namun di pihak pengusaha bas ekspres, menamatkan perjalanan pada sebelah malam pastinya mendatangkan kerugian besar.
Bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk mereka berkompromi dengan nyawa penumpang. Kerugian yang ditanggung mereka tidak seberapa berbanding kerugian yang bakal ditanggung oleh keluarga mangsa.
Kerana itu juga kerajaan perlu meneliti banyak perkara dalam pengurusan kecekapan dan keselamatan cabang pengangkutan awam ini.
Antaranya dengan mengkaji semula skim gaji dan komisen di kalangan pemandu. Ketika ini, gaji permulaan kebanyakan pemandu bas ekspres dikatakan begitu rendah. Mereka terpaksa bekerja keras untuk mendapat komisen dan biasanya jumlah komisen itu dikira berdasarkan jumlah perjalanan atau pemanduan yang dilakukan oleh pemandu terbabit.
Keadaan itu memaksa mereka mengejar komisen daripada trip pemanduan berikutnya dalam tempoh masa yang singkat. Ia secara tidak langsung menyebabkan pemandu berada dalam situasi yang tidak selesa untuk memandu kerana dibelenggu oleh rasa letih dan mengantuk.
Risiko kemalangan pada sebelah malam juga menjadi lebih besar kerana faktor jalan yang agak berbahaya lebih-lebih lagi di kawasan yang sering berlakunya kemalangan maut.
Bagi perjalanan ke sebelah Pantai Timur yang sebahagian besarnya perlu melalui jalan persekutuan dan jalan negeri, risiko kemalangan pada waktu malam juga agak tinggi.
Keadaan jalan dan bahu jalan yang sempit, menyukarkan pemandu mengelak daripada terbabit dalam kemalangan yang serius.
Jalan raya yang sunyi pada sebelah malam kadang-kadang diambil kesempatan oleh segelintir pemandu bas ekspres untuk memecut dengan laju.
Dalam keadaan ini, sedikit kecuaian manusia serta keadaan jalan yang tidak sempurna boleh mengundang bencana.
Seperkara yang perlu diperhatikan dalam mengurus kemalangan membabitkan bas ekspres ialah sejauh mana aspek penguatkuasaan diberikan penekanan oleh pihak berkuasa.
Realitinya setiap kali membincangkan mengenai isu kemalangan jalan raya, isu ketidakcekapan, konsistensi dan keberanian pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sering menjadi persoalan.
Perkara yang sama tidak mustahil dapat diperhatikan sekiranya cadangan mengikat had laju bas ekspres kepada 90 kilometer dilaksanakan.
Satu-satunya cara untuk memastikan had laju itu dipatuhi ialah dengan melakukan pemantauan berterusan termasuk sehingga ke tahap berada dalam bas.
Sedangkan operasi seperti itu sangat jarang dilakukan atau hanya dalam tempoh tertentu sahaja.
Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa pihak berkuasa terlalu banyak pertimbangan dengan pesalah jalan raya, termasuk dengan pemandu bas.
Kerana itu juga antara pendedahan "wajib" media setiap kali berlakunya kemalangan maut membabitkan bas ialah berapa banyak saman kesalahan memandu yang dimiliki pemandunya.
Justeru, apa jaminan pemandu bas akan mematuhi had kelajuan 90 kilometer sekiranya ia menjadi undang-undang nanti?
Mungkin kerajaan boleh mewajibkan semua bas ekspres menggunakan meter automatik yang akan menghalang bas-bas berkenaan daripada memecut melebihi had yang dibenarkan itu.

Ulasan
Catat Ulasan