Khutbah Terakhir RASULULLAH S.A.W. di LEMBAH KURANAH QUNUD ARAFAH pada 9ZULHIJJAH tahun 10HIJRIAH...
------>Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak KU katakan, AKU tidak mengetahui adakah AKU dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini, oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata KU dan sampaikan lah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir ke sini pada hari ini.
------>Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai suci. Kembalikan lah harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi, ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengHARAMkan 'RIBA', oleh itu segala urusan yang melibatkan 'RIBA' dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap 'SYAITAN' demi keselamatan AGAMA kamu dan dia(syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara BESAR, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
------->Wahai manusia, sebagai mana kamu mempunyai hak keatas ISTERI kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka mempunyai hak ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana KASIH SAYANG. layani lah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka sesungguhnya TEMAN dan PEMBANTU yang SETIA dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasuki sesiapa yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan DILARANG melakukan 'ZINA'.
------->Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata KU ini, Sembahlah ALLAH, Dirikanlah Solat 5kali Sehari, Berpuasa Dibulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat Dari Harta Kekayaan kamu, Kerjakan lah Ibadah Haji Sekiranya kamu Mampu. Ketahuilah bahawa setiap MUSlim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali dalam TAKWA dan BERAMAL SOLEH. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar sekali-kali terkeluar dari landasan KEBENARAN selepas ketiadaanKU.
------->Wahai manusia, tidak ada lagi NABI dan RASUL yang datang selepas KU dan tidak akan lahir AGAMA baru, oleh itu wahai manusia, nilai lah dengan BETUL dan FAHAMI lah kata-kata KU yang telah AKU sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya, AKU tinggalkan kepada kamu 2 PERKARA yang sekiranya kamu berpegang TEGUH dan MENGIKUTI kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah AL-QURAN dan SUNNAH KU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanKU menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang TERAKHIR lebih memahami kata-kata KU dari mereka yang terus mendengar dariKU. Saksikan lah YA ALLAH bahawasanya AKU telah menyampaikan RISALAH-RISALAH MU pada hamba-hamba MU...
Ulasan
Catat Ulasan