Teman Hidup Ketika Belajar
Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu
secara berpasang-pasangan.
Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin
Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.
Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1
soalan yang sering kali diterjah pada saya.
Bila nak
kahwin?
Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah
tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah
diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.
Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah
yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai
isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya
kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list
cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki
mahupun wanita.
Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai
apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira,
semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke
kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman
semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih
jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan
zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi
yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang
menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.
Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang
disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari
Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar
dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
"(Ingatlah)
ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar
kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang
mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha
mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika
melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak
perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki
tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku
mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang
wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar
kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam
kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan
masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.
Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah
payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya
kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan
anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat
dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita
paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah
yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil
perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu
seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya]
sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya
30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid
untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai
bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup
berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran
masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup
berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga
ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi
Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad
mengabdikan diri di jalanNya.
"Ya Allah,
kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"
Pra
Perkahwinan
Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita
bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum
benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan
teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita
teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar
dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.
Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar
mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan
Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh
yang terbaik.
Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai
masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah,
silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua.
Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk
kalian.
"Dari Allah, Kepada Allah"
Ulasan
Catat Ulasan