siapa aku di hadapan tuhanku

SUBUHNYA
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku...


ZOHORNYA
aku lebih memikirkan kelaparan,kehausan & rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku gembira mengira keuntungan & aku lupa besarnya kerugian
jika aku menggadaikan sebuah kataatan siapa aku di depan Tuhanku...

ASARNYA
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopi terlupa panasnya
aku masih bercerita tentang Si Tuah yang setia & Si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku

MAGHRIBNYA
aku melihat warna alam mencari sisa-sisa kekotoran
tidak terasa ruang masa yg singkat
jalan yang bertongkat2 ruginya bertingkat2
siapa aku do depan Tuhanku...

ISYAKNYA
kerana masa yang panjang membiarkan penat menghimpitku
kini aku menjadi tertanya2
apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan masjid sunyi
jika ruangku menjadi kosong & wajahku menjadi asing
siapa aku di depan Tuhan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~.::*Mengendalikan Marah*::.~

baca betul2

DUNIA CINTA